Tarekat ahmadiah Idrisiah

Nama al Ahmadiah dinisbahkan kepada al Imam A’zam Sayyid Ahmad ibn Idris selaku tunggak dan sandaran utama tarekat ini.

Manakala al Idrisiah pula dinisbahkan kepada keluarga Sayyid Ahmad ibn Idris kerana keturunannya adalah pembawa dan khalifah kepada tarekat ini sepertimana yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Zikir Amalan

TAHLIL KHUSUS

 

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ مُـحَـمَّدٌ رَسُـوْلُ اللهِ
فِي كُلِّ لَـمْـحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

“Tiada Tuhan melainkan Allah Muhammad Rasulullah, pada setiap kerlipan mata dan hembusan nafas sebanyak luasnya ilmu Allah.

SALAWAT AL ‘AZIMIAH


اللّٰهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ. الَّذِيْ مَلَأَ أَرْكَانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيْمِ. وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ اللهِ الْعَظِيْمِ. أَنْ تُصَلِّيَ عَلَىٰ مَوْلَانَا مُحَمَّدٍ ذِيْ الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ. وَعَلَىٰ آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيْمِ. بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاتِ اللهِ الْعَظِيْمِ. فِي كُلِّ لَـمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا فِي عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ. صَلَاةً دَائِمَةً بِدَوَامِ اللهِ الْعَظِيْمِ. تَعْظِيْمًا لِـحَقِّكَ يَا مَوْلَانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيْمِ. وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلَىٰ آلِهِ مِثْلَ ذٰلِكَ. وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا يَقَظَةً وَمَنَامًا. وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوْحًا لِذَاتِي مِنْ جَمِيْعِ الْوُجُوْهِ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ يَا عَظِيْمُ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan Nur Zat Allah Yang Maha Besar, Yang Memenuhi segala penjuru ‘Arasy Allah Yang Maha Besar, dan dengannya berdiri seluruh alam Allah yang Maha Besar, agar Engkau mencucuri rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad; yang mempunyai martabat yang besar dan ke atas keluarga Nabi Allah Yang Maha Besar, dengan kadar kebesaran Zat Allah Yang Maha Besar, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah Yang Maha Besar, dengan salawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah Yang Maha Besar, penghormatan bagimu, wahai Penolong kami! Wahai Muhammad! Wahai Nabi yang mempunyai akhlak yang mulia! Salam kesejahteraan daripadaMu ke atasnya dan ke atas keluarganya seperti yang demikian itu juga. Himpunkanlah di antara aku dan Baginda (Muhammad) sebagaimana Engkau telah menghimpunkan di antara ruh dan jasad, zahir dan batin sama ada ketika sedar atau pun tidur. Jadikanlah Baginda (Nabi Muhammad) wahai Tuhanku sebagai ruh bagi zatku dari semua keadaan di dunia ini sebelum hari Akhirat, wahai Tuhan Yang Maha Besar!”

ISTIGHFAR AL KABIR


أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ، الَّذِيْ لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّوْمَ، غَفَّارَ الذُّنُوْبِ ذَا الْجَلَالِ وَالإِكْرَامِ، وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْـمَعَاصِي كُلِّهَا وَالذُّنُوْبِ وَالآثَامِ، وَمِنْ كُلِّ ذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ عَمْدًا وَخَطَأً، ظَاهِرًا وَبَاطِنًا، قَوْلًا وَفِعْلًا، فِي جَمِيْعِ حَرَكَاتِي وَسَكَنَاتِي وَخَطَرَاتِي وَأَنْفَاسِي كُلِّهَا، دَائِمًا أَبَدًا سَرْمَدًا مِنَ الذَّنْبِ الَّذِي أَعْلَمُ، وَمِنَ الذَّنْبِ الَّذِي لَا أَعْلَمُ، عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ الْعِلْمُ، وَأَحْصَاهُ الْكِتَابُ وَخَطَّهُ الْقَلَمُ، وَعَدَدَ مَا أَوْجَدَتْهُ الْقُدْرَةُ، وَخَصَّصَتْهُ الإِرَادَةُ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِ اللهِ، كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِ رَبِّنَا وَجَمَالِهِ وَكَمَالِهِ، وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَىٰ.

“Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Besar; Yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia; Tuhan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendiriNya; Maha Pengampun segala dosa; Yang Memiliki keagungan dan kemuliaan. Aku bertaubat kepadaNya dari segala perbuatan maksiat, dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan sama ada dengan sengaja atau pun tidak, yang zahir mahupun yang batin, pada perkataan mahupun perbuatan, dalam setiap pergerakan dan diamku, yang terlintas di benak hatiku ataupun yang wujud di dalam hembusan nafasku; semuanya untuk selama-lamanya. Tidak kira sama ada dosa-dosa yang aku ketahui atau tidak aku ketahui, sebanyak mana yang dicakupi (diketahui) oleh Ilmu Allah; yang dihitung oleh buku amalan dan yang dicatat oleh pena. Sebanyak mana yang diwujudkan oleh Kekuasaan Allah, yang dituntut oleh KehendakNya dan sebanyak tinta kalimah-kalimah Allah sepertimana yang selayaknya bagi kebesaran Zat Tuhan kami, keelokanNya, kesempurnaanNya dan sepertimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan yang diredhaiNya.”

Syeikh-Syeikh Umum

Al Imam Sayyid Ahmad ibn Idris

Lahir: 1173H (1760M)
Wafat 1253H (1873M)

Sayyid Abdul ‘Aali ibn Ahmad ibn Idris al Idrisi

Pengasas Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah

Lahir: 1246H (1830M)
Wafat: 1296H (1878M)

Sayyid Muhammad al Syarif ibn Abdul ‘Aali al Idrisi

Lahir: 1281H (1865M)
Wafat: 1355H (1936M)

Syeikh Tarekat: 1878M – 1936M

Sayyid al Mirghani ibn Muhammad al Syarif al Idrisi

Lahir: 1304H (1887M)
Wafat: 1382H (1962M)

Syeikh Tarekat: 1936M – 1963M

Sayyid al Hasan ibn Muhammad al Syarif al Idrisi

Lahir: 1308H (1890M) Wafat: 1386H (1966M) Syeikh Tarekat: 1963M – 1967M

Sayyid al Kamil ibn al Hasan al Idrisi

Lahir: 1348H (1930M) Wafat: 1430H (2009M) Syeikh Tarekat: 1967M – 2009M

Prof Dr Sayyid Abdul Wahhab al Tazi ibn al Hasan al Idrisi

Lahir: 1364H (1945M) Syeikh Tarekat: 2009M – Sekarang