Jumaat, 10 Ogos 2018, Madrasah Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau, Negeri Sembilan

SOLAT JUMAAT BERSAMA SYEIKH TAREKAT AHMADIAH IDRISIAH DUNIA

 

Jumaat yang indah lagi mulia di STIAS, Rembau hari ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu terhormat, ulama’ keturunan Nabi SAW, Prof Dr Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Idrisi, Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia serta Sayyid Abu al Qasim al Idrisi dan Sayyid Abdul Aziz al Dabbagh yang sudi untuk turut serta menunaikan solat Jumaat bersama para ikhwan Tarekat Ahmadiah Idrisiah serta para pelajar As Sofa.

 

Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh Dato Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin di Madrasah Sekolah Tinggi Islam As Sofa mengenai ketokohan Imam Sayyid Abdul ‘Aaali ibn Ahmad ibn Idris dan kepentingan memuliakan ahli keluarga dan keturunan Rasulullah SAW.

 

 

Di dalam khutbah tersebut Dato Syeikh Muhammad Fuad menerangkan tentang keadaan umat Rasulullah ﷺ pada akhir zaman ini yang kurang beradab dengan ahli keluarga Rasulullah ﷺ disebabkan kejahilan mereka mengenai kedudukan dan kemuliaan ahli keluarga Rasulullah ﷺ. Selain itu, beliau telah mengetengahkan kehebatan peribadi al Imam Sayyid Abdul ‘Aali ibn Ahmad ibn Idris dengan penuh indah dan terperinci.

 

Setelah selesai menunaikan solat Jumaat, program diteruskan dengan pembacaan surah al Kahfi secara berjemaah.

Turut hadir, Ustaz Haji Mohd Amirul Isma bin Md Yusuf, Setiausaha Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara, Yang Berbahagia Sayyid Abu al Qasim al Idrisi, Sayyid Abdul Aziz al Dabbagh, Ust Salahuddin bin Azarai, Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Negeri Sembilan, Tuan Malizan bin Mahmood, Pengarah Pengurusan Kumpulan Pendidikan Sofa (SEG).

Leave a Reply