SAMBUTAN MALAM ‘ARAFAH 9 ZULHIJJAH 1439H

Ampang, 20 Ogos 2018: Kemeriahan Sambutan Malam Arafah pada malam tadi dimulai dengan pembacaan Ratib al Sobah wa al Masa’, susunan al Imam Sayyid ‘Abdul ‘Aal ibn Sayyid Ahmad ibn Idris sejurus selepas solat Maghrib. Kira-kira 500 ikhwan dan muhibbin Tarekat Ahmadiah Idrisiah telah mengimarahkan sambutan Malam ‘Arafah di Pusat Islam Imam Ahmad ibn Idris, Kolej Islam As Sofa, Ampang.

Usai Solat Isyak, majlis diteruskan dengan periwayatan sama’ dan qiraat Ahzab Tarekat Ahmadiah Idrisiah yang dipimpin oleh Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara, YBhg. Dato’ Syeikh Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Dalam pertemuan kali ini, YBhg. Dato’ Syeikh mengupas sedikit sebanyak doa-doa yang dilorekkan oleh Al Imam Sayyid Ahmad ibn Idris dalam Ahzab beliau yang mengandungi hakikat makrifah Ilahiyyah, mentauhidkan zat, sifat, perbuatan Allah dan doa perlindungan daripada segala bala dan musibah.

Pada penghujung majlis, YBhg. Dato Syeikh sempat menitipkan wasiat kepada para ikhwan supaya berpegang teguh dengan tarekat ini dan memanjatkan doa munajat kepada Allah dengan niat supaya Allah menjaga keaslian Tarekat ini sehingga Hari Kiamat.

Leave a Reply