SAMBUTAN MA’AL HIJRAH 1440H

ISNIN, 10 September 2018

Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1440H anjuran Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara di Pusat Islam Imam Ahmad ibn Idris, Kolej Islam As Sofa, Ampang.

Majlis bermula pada pukul 6.30 petang dengan pembacaan 1 juz al Quran secara berjemaah, diikuti dengan doa akhir tahun yang dipimpin oleh Syeikh Tarekat Ahmadiah Sanusiah Negeri Sembilan, al Muqri’ Syeikh Haji Md. Farid Samad al Hafiz.

Majlis diteruskan selepas solat Maghrib dengan doa awal tahun dan majlis Ratib Idrisi. Selepas solat Isya’, majlis diteruskan lagi dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia, Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin.

    

 

Leave a Reply