SAMBUTAN HARI ‘ASYURA 10 MUHARRAM 1440H

AMPANG, 20 September 2018: Kemeriahan Sambutan Hari ‘Asyura Khamis lepas dimulai dengan pembacaan al Quran al Karim oleh Ustaz Muhammad Najib diikuti oleh persembahan Qasidah. Kemudian, majlis diteruskan dengan pembacaan doa yang dipimpin oleh Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia, Dato’ Syeikh Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin. Beliau kemudiannya meriwayatkan musalsal hari ‘Asyura kepada para hadirin. Setelah itu, beliau mewasiatkan kepada para Ikhwan dan juga para hadirin untuk sentiasa istiqamah dalam berjihad memartabatkan Islam secara amnya dan Tarekat Ahmadiah Idrisiah secara khususnya.

Beliau kemudiannya memaklumkan kepada para hadirin bahawa beliau akan bermusafir ke kota London, UK dalam rangka menganjurkan program ‘The 3rd International Convention on Ahmad ibn Idris: A Figure of Civilisation & Peace’ yang akan berlangsung selama 3 hari (27 – 29 September 2018). Program tersebut akan turut dihadiri oleh Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia, Prof Dr Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Hasan al Idrisi.

Selepas solat Maghrib, majlis diteruskan dengan pembacaan surah al Kahf. Usai solat Isya’, majlis diteruskan dengan hadhrah mingguan iaitu pembacaan Zikr Kanz al Saadah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan tausiyah yang disampaikan oleh Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Wilayah Selatan Malaysia, Syeikh Haji Salahuddin bin Azarai.

 

Leave a Reply