Prof Dr Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Hasan al Idrisi
▪️ Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia
▪️ Dilahirkan pada 1 Januari 1945 di Sudan.
▪️ Beliau mendapat didikan agama daripada 5 orang ulama besar lulusan al Azhar. Pertama, daripada ayahandanya sendiri al Allamah Sayyid al Hasan al Idrisi. Keduanya, ayahanda saudaranya al Allamah Sayyid Muhammad al Mirghani al Idrisi. Ketiga, daripada ketua Qadhi Sudan, Sayyid Syamsuddin al Idrisi. Beliau juga mempelajari ilmu-ilmu agama daripada dua orang kekandanya yang merupakan ulama lulusan al Azhar iaitu Sayyid al Kamil al Idrisi dan Sayyid Muhammad al Idrisi.
▪️ Ketika berada di Kaherah, beliau turut mendampingi tokoh-tokoh ilmuan besar seperti al Allamah Sayyid Soleh al Ja’fari dan al Allamah Raja Sayyid Muhammad Idris al Mahdi al Sanusi.
▪️ Beliau juga turut bertemu dengan ulama-ulama besar dunia Islam di Kaherah dan Sudan seperti al Hafiz Sayyid Ahmad ibn Siddiq al Ghumari dan adindanya al Muhaddith Sayyid Abdullah ibn Siddiq al Ghumari.
▪️ Beliau telah mempersembahkan khidmat cemerlang kepada umat Muhammad dengan mengasaskan dan menubuhkan 32 buah universiti di benua Afrika.
▪️ Terlibat dalam puluhan siri pembentangan dan penerangan dalam muktamar antarabangsa merangkumi pelbagai lapangan keilmuan di samping terlibat dalam muktamar yang membincangkan ketokohan al Imam Sayyid Ahmad ibn Idris di seluruh dunia.
▪️ Penghasilan ratusan karya yang bermutu tinggi dalam pelbagai bidang keilmuan di samping menghasilkan karya yang membincangkan keperibadian, manhaj dan metode al Imam Ahmad ibn Idris sehingga karya beliau dimanfaatkan oleh umat Islam seluruh dunia.
▪️ Berjaya menghimpunkan ilmu manqul dan ma’qul (aqli dan naqli) dalam diri beliau sekali gus menjejaki ketokohan nendanya, al Imam Ahmad ibn Idris. Hal ini sangat jarang ditemui dalam diri para sarjana dan cendekiawan mutakhir ini.
▪️ Atas pencapaian cemerlang dalam arena keilmuan dan kerohanian, beliau telah ditabalkan sebagai Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia.