Sheikh Umum Tarekat
Ahmadiah Idrisiah Dunia Islam
Prof Dr Sayyid Abdul Wahab al Tazi al Hasan al Idrisi
Dilahirkan pada tanggal 1 Januari 1945 di Sudan
Sumbangan Beliau di Peringkat Antarabangsa
- Beliau telah mempersembahkan khidmat cemerlang kepada umat Muhammad dengan mengasaskan dan menubuhkan 32 buah universiti di benua Afrika.
- Terlibat dalam puluhan siri pembentangan dan penerangan dalam muktamar antarabangsa merangkumi pelbagai lapangan keilmuan di samping terlibat dalam muktamar yang membincangkan ketokohan al Imam Sayyid Ahmad ibn Idris di seluruh dunia.
- Penghasilan ratusan karya yang bermutu tinggi dalam pelbagai bidang keilmuan di samping menghasilkan karya yang membincangkan keperibadian, manhaj dan metode Al Imam Ahmad ibn Idris sehingga karya beliau dimanfaatkan oleh umat Islam seluruh dunia
- Berjaya menghimpunkan ilmu manqul dan ma’qul (aqli dan naqli) dalam diri beliau sekali gus menjejaki ketokohan nendanya, al Imam Ahmad ibn Idris. Hal ini sangat jarang ditemui dalam diri para sarjana dan cendekiawan mutakhir ini.
- Atas pencapaian cemerlang dalam arena keilmuan dan kerohanian, beliau telah ditabalkan sebagai Syeikh Masyaikh Tarekat al Muhammadiyyah al Ahmadiyyah al Idrisiyyah dunia.
Pencapaian Akademik
1967
Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir
1973
Diploma Pascasiswazah Kesihatan Kanak-Kanak, London, UK
1974
Sijil Suruhanjaya Pendidikan Bagi Lulusan Perubatan Warga Asing
1975
Ijazah Licentiate Dari Kolej Kedoktoran Diraja Britain dan Ahli Akademik Kolej Pakar Bedah Diraja Britain
1976
Ahli Akademik Kolej Kedoktoran Diraja Britain
1985
Felo di Kolej Kedoktoran Diraja Britain, Edinburgh, UK
1988
Felo di Kolej Pediatrik dan Kesihatan Kanak-Kanak Diraja Britain, London, UK
Beliau mengambil ijazah Tarekat Ahmadiah melalui 2 jalan:
- Beliau mengambil daripada Sayyid al Hasan, daripada Sayyid Muhammad al Syarif, daripada Sayyid Abdul ‘Aal, daripada Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada al Imam al Akbar Sayyid Ahmad ibn Idris.
- Beliau juga turut mengambil tarekat yang mulia ini daripada Raja Muhammad Idris al Sanusi, daripada Sayyid Muhammad al Mahdi al Sanusi daripada Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada Sayyid Ahmad ibn Idris.
Beliau merupakan Syeikh Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah ke-6 selepas:
- Sayyid Abdul ‘Aal ibn Sayyid Ahmad ibn Idris al Idrisi
- Sayyid Muhammad al Syarif ibn Sayyid Abdul ‘Aal al Idrisi
- Sayyid Muhammad al Mirghani ibn Sayyid Muhammad al Syarif al Idrisi
- Sayyid al Hasan ibn Sayyid Muhammad al Syarif al Idrisi
- Sayyid Kamil ibn Sayyid al Hasan al Idrisi
- Sayyid Abdul Wahhab at Tazi ibn Sayyid al Hasan al Idrisi