Tarekat Ahmadiah Idrisiah yang berpusat di Sudan semenjak sekian lama masih mengekalkan tradisi majlis ratibnya yang diwarisi daripada Sayyid Ahmad ibn Idris.
Ia merupakan ratib-ratib yang dihimpunkan oleh putera dan khalifah Tarekat Ahmadiah Idrisiah selepasnya iaitu Sayyid Abdul ‘Aali ibn Ahmad ibn Idris.
Ia dijalankan pada hari Jumaat setiap minggu di Masjid al Hasan yang merupakan Markaz Utama Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia Islam di Omdurman Sudan.
Suasananya amat menenangkan dan mendamaikan jiwa. Zikirnya pula dialunkan dengan tertib dan penuh beradab. Demikianlah sebagaimana yang mereka warisi sendiri dari satu generasi ke satu generasi sehingga kepada Imam Ahmad ibn Idris.
Kelihatan dalam rakaman video ialah suasana Majlis Ratib yang dipimpin oleh Dr Sayyid Muhammad al Mujaddidi ibn al Hasan al Idrisi selaku Naib Syeikh Umum Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia Islam.