“Kanz al Sa’adah ialah salah satu daripada tentatif dalam majlis Tarekat Ahmadiah. Di dalamnya terangkum kebanyakan daripada zikir-zikir tarekat Sayyid Ahmad ibn Idris yang menerangkan sebahagian dari bentuk zikir tarekat ini. Ia sentiasa diamalkan di tanah persemadian al Ustaz Sayyid Ahmad ibn Idris (Sabya) dan berlanjutan sehingga pada zaman kami ini.
Kami tidak melihat ikhwan di sana memberikan perhatian kepada zikir-zikir yang lain selain zikir Kanz al Sa’adah. Mereka juga tidak menunjukkan murid kepada zikir sebelum diperkenalkan Kanz al Sa’adah ini dan wirid yang tiga (Tahlil Khusus, Salawat ‘Azimiyyah dan Istighfar Kabir) yang terkandung di dalam Kanz al Sa’adah.
Sesiapa yang tidak mahu beramal dengannya ia disebabkan oleh kejahilan mereka terhadap perhimpunan ini yang merupakan perhimpunan bagi meraih ketenangan, kemuliaan dan keikhlasan kerana Allah.”