Ahad, 5 Ogos 2018, Hotel Intercontinental Kuala Lumpur.
MAJLIS KONVOKESYEN AL QURAN DAN HADITH AS SOFA KELIMA
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSETUJUAN (MoA) ANTARA KOLEJ ISLAM AS SOFA DENGAN KULIAH AL QURAN & QIRAAT MUHAMMAD VI, UNIVERSITI QARAWIYYIN.
Seramai 118 Graduan telah menerima ijazah masing-masing daripada pelbagai bidang di sini. Konvokesyen kali ini diwarnai dengan kehadiran Penasihat Kehormat KIS, Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahab al Tazi dan Dato’ Lela Maharaja Undang Luak Rembau yang telah menyampaikan ijazah ini kepada para graduan.
Terdapat 4 kategori ijazah dalam Majlis Konvokesyen kali ini. Pertama, Sijil Talaqqi al Quran yang mana para graduan telah berjaya membaca al Quran secara sempurna daripada guru mereka dengan bersanad sehingga kepada Rasulillah ﷺ dengan riwayat Imam Hafs an ‘Asim. Kedua, Sijil Tullab Hadith. Para graduan daripada kategori ini telah menyelesaikan membaca dan mendengar puluhan ribu Hadith Nabi ﷺ daripada kitab-kitab Hadith yang muktabar iaitu, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Tirmizi, Ibnu Majah, Nasaie dan Muwatta’ Imam Malik secara bersanad sehingga kepada para pengarang kitab hadith tersebut.
Seterusnya, Sijil Huffaz al Quran. Sijil ini diberikan kepada para graduan yang telah menamatkan hafalan al Quran mereka secara sempurna dari Surah al Fatihah hingga Surah al Nas.
Sijil yang terakhir adalah Sijil Perguruan As Sofa. Julung kalinya as Sofa menganugerahkan sijil ini. Ia diberikan kepada 22 orang guru as Sofa yang telah menamatkan pembelajaran kitab-kitab Turath ulama yang telah mereka talaqqi bersama guru-guru mereka. Antara kitab yang telah mereka pelajari adalah Mutammimah al Ajrumiah, Syarah Ibni Aqil, Syarah Kailani, Fath Qarib, Fath Muin, Minhaj al Talibin, Bahjah al Saniyyah dan sebagainya.
Seterusnya, Anugerah Syahadah al Quran 30 Juzu’ antara anugerah yang diberikan kepada 3 orang pelajar yang merupakan huffaz al Quran dan telah berjaya membacakan 30 juzu’ al Quran daripada hafalan selama 3 hari berurut-turut dengan tidak melebihi 10 kesalahan. Syahadah ini telah dinilai oleh Lajnah Hakim Kolej Islam As Sofa.
Anugerah Tokoh As Sofa yang kedua telah diberikan kepada Muhammad Mu’az bin Malizan, alumni Sekolah Tinghi islam aS Sofa (STIAS) Rembau yang telah mendapat straight A dalam SPM dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Actuarial Science di LCE (London School of Economics and Political Science, London).
Univerisiti tersebut merupakan universiti yang terkemuka di dunia dalam bidang perniagaan dan Sains Sosial serta mempunyai ranking terbaik dunia. Beliau juga telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan mendapat Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Jurusan tersebut. Selain itu, beliau mengajar kitab-kitab turath ulama dan berkhutbah dalam Bahasa Inggeris di Sofa College London.
Demikian pula, Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahab al Tazi mengucapkan perasaan kagum dengan sistem yang diterapkan oleh Kumpulan Pendidikan Sofa dalam mengutamakan sistem penghafazan al Quran ketika peringkat awal usia.
Pada pengakhiran Majlis Konvokesyen Al Quran dan Hadith As sofa Kelima ini, Prof.Dr. Sayyid Abdul Wahab al Tazi telah mengijazahkan Tarekat Ahmadiah Idrisiah kepada semua yang hadir.