MAJLIS KONVOKESYEN AL QURAN DAN HADITH AS SOFA KELIMA

Bersyukur di atas kurniaan Allah SWT, buat kali kelima pada tahun ini, kami warga As Sofa akan meraikan graduan Huffaz Al Quran, Khatam syarah 7 kitab muktabar Hadith, Talaqqi Al Quran Bersanad 30 Juzu’, dan graduan sulung bagi Ijazah A’liyah.

Maka 5 Ogos 2018 merupakan tarikh keramat yang telah dipilih bagi meraikan di dalam Majlis Konvokesyen Al Quran dan Hadith Kelima yang bertempat di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.

As Sofa sentiasa komited dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam memartabatkan Al Quran dan Hadith di Malaysia khususnya dalam melahirkan kader-kader Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berwibawa di dalam bidang Al Quran dan Hadith.

Justeru kami menjemput muslimin dan muslimat untuk turut hadir bersama dalam meraikan kejayaan para graduan yang telah bertungkus lumus untuk memartabatkan Al Quran dan Hadith di mata dunia.

Leave a Reply