Ahad 12 Ogos 2018, Pusat Islam Imam Ahmad ibn Idris, Kolej Islam As Sofa

MAJLIS HAUL IMAM ABDUL ‘AALI IBN AHMAD IBN IDRIS DI KOLEJ ISLAM AS SOFA, AMPANG

Majlis dimulai dengan pengkhataman al Quran al Karim sejurus Solat Maghrib berjemaah.

Diikuti dengan Solat Isya’ berjemaah dan berlangsungnya syarahan dan kupasan mengenai peribadi Imam Abdul ‘Aal ibn Ahmad ibn Idris oleh Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia, Dr. Prof Sayyid Abdul Wahab al Tazi al Idrisi al Hasani.

Seterusnya, syarahan dan kupasan ini pula disambung oleh Pengerusi Kolej Islam As Sofa, Dato’ Sheikh Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Lebih 1000 orang dari kalangan penuntut ilmu, para asatizah, orang awam dan masyarakat setempat telah hadir bersama memeriahkan majlis bersama keturunan sohibul haul iaitu al Imam Abdul ‘Aali ibn Ahmad ibn Idris al Hasani.

Leave a Reply