SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 1439H & PERIWAYATAN HADITH MUSALSAL BI YAUMIL EID
Rabu, 10 ZULHIJJAH 1439H / 22 OGOS 2018: Sambutan Hari Raya Aidiladha yang dihadiri oleh 2000 orang tahun ini diimarahkan dengan Solat Sunat Hari Raya Aidiladha yang diimamkan oleh al Fadhil Ustaz Mohd Farid bin Samad al Hafiz. Majlis kemudiannya diserikan dengan khutbah Aidiladha yang disampaikan oleh Syeikh Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia, YBhg. Dato Syeikh Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin.
Beliau mengingatkan jemaah tentang kepentingan mengagungkan dan membesarkan Allah yang Esa pada zat, sifat dan perbuatanNya. Beliau juga menyentuh tentang ibadah korban yang merupakan suatu bentuk ubudiyyah yang tidak perlu dipertikaikan lagi akan pensyariatannya.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan periwayatan Hadith Musalsal bi Yaumil Eid (Musalsal Hari Raya Aidiladha). Ketika meriwayatkan hadith tersebut, Dato Syeikh Hj Muhammad Fuad menjelaskan tentang konsep Udhiyyah dan Tadhiyyah yang mana kita selaku ikhwan perlu fahami bahawa Udhiyyah iaitu ibadah korban hanya dilaksanakan pada satu masa tertentu. Namun, yang lebih penting daripada itu adalah Tadhiyyah iaitu pengorbanan kita pada setiap masa demi agama Allah dan juga RasulNya, Sayyiduna Muhammad ﷺ
Semoga segala amalan dan pengorbanan kita tahun ini diterima oleh Allah SWT.