Hari: Ahad
Tarikh: 17 Disember 2017
Tempat: Rabat, Maghribi
Delegasi Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia dan Asia Tenggara telah menerima jemputan Kedutaan Sudan di Maghribi. Undangan kali ini bertujuan untuk merapatkan hubungan dua hala di antara Masyyakhah Tarekat dan Kedutaan Sudan di Maghribi.
Di samping itu, pihak Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia juga telah memperkenalkan satu lagi pusat kajian dan penyelidikan yang diasaskan oleh pihak Masyyakhah di Universiti Muhammad V yang dikenali sebagai Kursi Ahmad ibn Idris kepada kedutaan Sudan.
Turut hadir dalam kunjungan kali ini ialah Prof Dr Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Idrisi (Syeikh Umum Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia), Dr Sayyid Mujaddidi al Idrisi (Naib Syeikh Umuk Tarekat Ahmadiah Dunia), Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin (Wakil Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara), Ustaz Haji Salahuddin bin Azarai (Pengarah Akademik Institut al Imam Ahmad ibn Idris) dan Tuan Malizan bin Mahmood (Pengarah Urusan Sofa Education Group).
Delegasi Syeikh Umum Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia dan Wakil Tarekat Asia Tenggara menerima jemputan TYT Duta Besar Sudan di Maghribi.
TYT Duta Besar Sudan ke Maghribi Dr Sulaiman Abdul Tawwab bersama tetamu jemputannya Dato’ Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin Wakil Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara di Kedutaan Sudan, Rabat Maghribi.
TYT Duta Besar Sudan ke Maghribi menyambut ketibaan tetamu jemputannya Dato’ Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin Wakil Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara di perkarangan Kedutaan Sudan di Maghribi.
TYT Duta Besar Sudan ke Maghribi Dr Sulaiman Abdul Tawwab al Zain menyambut ketibaan tetamu jemputannya Prof Dr Sayyid Abdul Wahhab al Tazi ibn al Hasan al Idrisi di perkarangan Kedutaan Sudan di Maghribi.